15 July 2020

PULUT KUNING - ZARINA ZAINUDDIN NAK PASARKAN KE LUAR NEGARA



"Saya dah lama nak pasarkan ke luar negara cuma masalah yang saya hadapi selama ini nak bagi pulut tahan lama. Saya dah beli mesin retort yang boleh membuatkan pulut tahan sehingga dua tahun. Jadi, selepas ini boleh hantar ke serata negara termasuklah Brunei, Singapura dan ke Timur Tengah," ujar pelakon Zarina Zainuddin.



Berhasrat untuk memasarkan produk masakan pulut kuning yang diusahakannya selama ini ke luar negara, Zarina berkata dia sudah membeli mesin pembungkusan yang mampu menjadikan produk masakannya itu tahan lebih lama.

Terdahulu, Zarina menerusi satu entri di Instagram turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan mesin yang dibeli khusus bagi memastikan kualiti produk makanannya. Pembungkusan baharu nanti itu membolehkan pulut kuningnya tersedia untuk dimakan terus dengan hanya dipanaskan di dalam ketuhar sahaja.

Klik untuk gambar besar

Menurut Zarina lagi, selama ini, dia memang sudah mempunyai permintaan yang banyak daripada negara luar yang ingin merasai sendiri masakan pulut kuning: "Permintaan dari luar negara memang banyak. Lagipun, saya dah ada pengikut dari Indonesia, Brunei Singapura, termausklah Arab Saudi.

"Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk sama-sama kongsi dengan peminat di sana. Dalam tempoh lima tahun lagi, saya harap pasaran akan lebih luas dan saya akan cuba untuk hantar pulut kuning ini ke London, Insya-Allah," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: