"Ada yang kata anak saya kahwin awal sebab terlanjur, tapi saya minta mereka semak tarikh nikah, tarikh mula mengandung dan bila dia melahirkan anak. Ini satu fitnah untuk anak saya. Saya nikahkan awal sebab ia lebih mudah daripada biarkan dia keluar dengan lelaki tanpa ikatan yang sah," demikian kata pelakon Enot.
Sementara itu bercerita mengenai kehadiran cucu sulung yang baru berusia tiga bulan, Enot berkata ia merupakan satu rahmat untuknya: "Umur saya 42 tahun Allah dah bagi rezeki dapat cucu... anak saya bersalin ketika PKP jadi sekarang usia cucu saya dah tiga bulan. Saya seronok, rasa semangat untuk hidup itu makin banyak kerana dapat lihat cucu membesar depan mata," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment