08 July 2020

REZEKI ADA DI MANA-MANA - BILA USTAZ HANAFI JADI PENGHANTAR MAKANAN


"Janji halal. Bismillah. Ayah tak kisah susah, janji anak-anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakal 'kanserfighter'," kongsi Ustaz Hanafi menerusi akaun Facebooknya.

Dia juga berkongsi beberapa foto yang memaparkan beliau sedang bersiap sedia untuk menghantar makanan sambil menggalas beg Grab. Tulisnya, dia tidak kisah bersusah payah demi anak-anak dan apa yang paling penting apabila melihat mereka tersenyum indah.





"Saya mendapat tawaran daripada rakan yang ada restoran, mereka minta saya hantarkan makanan. Jadi saya pusinglah satu Kuala Lumpur. Setiap hari kawasan saya ialah antara Gombak ke sekitar Kuala Lumpur," tambahnya yang mula giat bekerja sebagai penghantar makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Semuanya gara-gara covid-19 apabila aktiviti ceramah dan program motivasi terpaksa dihentikan sepanjang PKP dilaksanakan.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: