08 July 2020

KERJA CUCI RUMAH, UPAH BELI BARANG - ALINA HASSAN MASIH GIGIH CARI REZEKI


Masih ingat dengan kisah yang tular ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu apabila artis ini kehilangan mata pencarian? Ketika itu, dia terpaksa melakukan kerja tukang cuci dan mengambil upah membeli barangan keperluan harian bagi penduduk di sekitar tempat tinggalnya di Setapak.

"KADANG-kadang dalam seminggu saya baru dapat satu tawaran untuk belikan barang. Tawaran untuk cuci rumah juga ada satu.

"Alhamdulillah, saya tetap bersyukur dengan rezeki Allah dan tak pernah mengeluh. Setakat makan untuk saya seorang memang tiada masalah," kata juara program Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018, Alina Hassan, 52, dipetik sebagai berkata.





Untuk info, ketika itu dia terpaksa memerah keringat untuk menghantar barang yang dipesan dengan berjalan kaki lebih dua kilometer setiap hari kerana tiada kenderaan.

Terkini, dia cuba mengadakan persembahan secara langsung di Facebook untuk mencari sesuap nasi. Namun entah kenapa, dia tiba-tiba mendapat amaran berkaitan hak cipta lagu.

"Saya memang takut apabila menerima amaran daripada pengendali Facebook berkaitan hak cipta lagu yang dinyanyikan. Memanglah sedih kerana saya hanya berniat nak cari rezeki.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya saya kurang mahir dengan teknologi dan saya difahamkan kena buat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh buat persembahan sedemikian. Namun, caranya saya kena dapatkan lebih lanjut.

"Bagaimanapun, saya bercadang nak buat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu karaoke bukan nyanyian penyanyi asal dan akan tengok hasilnya nanti.

"Hanya ada dua keputusan, sama ada cara ini dibenarkan atau sebaliknya akaun Facebook saya akan terus disekat. Saya kena bersedia dengan sebarang kemungkinan," tambahnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: