08 July 2020

TAHNIAH - JULIA ZIEGLER SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA, LELAKI



"Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35 pm on 07.07.2020," demikian tulis pelakon Julia Ziegler yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya kira-kira jam 4.35 petang Selasa.



Berkongsi berita gembira itu menerusi satu status di IG Stories, bintang filem 'Jangan Tegur' ini juga memaklumkan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.58 kilogram. Julia atau nama lengkapnya Julia Bob Fauzi Ziegler, sebelum ini turut memuatnaik sekeping foto berada di katil sebuah hospital menantikan saat kelahiran itu. R

Pada April lalu, aktres berusia 36 tahun ini mengumumkan dirinya berbadan dua setelah usia kandungan memasuki tujuh bulan. Dia mengambil keputusan merahsiakan mengenai kehamilan itu berikutan tidak menyangka menerima rezeki cahaya mata kedua ketika anak sulungnya baru berusia setahun.

Klik untuk gambar besar

"Sebenarnya, saya mengandung pada Oktober tahun lalu. Jujurnya, saya dan suami tak sangka rezeki cahaya mata kedua hadir dengan cepat jadi saya buat keputusan simpan cerita hamil dahulu. Dalam masa yang sama, saya tak puas bersama Ivana. Namun, Allah kurniakan rezeki, kami terima dengan berlapang dada," katanya.

Untuk makluman, pelakon berusia 36 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017. Anak pertama mereka, Ivana Johan pula kini sudah pun mencecah usia 1 tahun 6 bulan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, mStar & Instagram Julia Ziegler


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: