08 July 2020

TAK PERNAH MISSED JUMPA ANAK - SHARNAAZ TAK ANGGAP ITU SEBAGAI BEBAN



Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu yang dia meluangkan masa dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad tiga kali dalam sehari. Ketika ditanya kekerapan bertemu anak lelaki itu yang kini tinggal bersama isterinya, Noor Nabila, Sharnaaz berkata dia tidak pernah pun terlepas walapun sehari.



"Tak pernah missed lagi walaupun sehari. Saya jumpanya tiga kali sehari iaitu setiap pagi, tengahari dan malam. Setiap kali bertemu Jebat lazimnya saya akan isi masa antara 1 hingga 2 jam. Rumah kami boleh dikatakan dekat, jadi ia memudahkan.

"Kalau tidak ada penggambaran, sebelah pagi saya akan ke gim, kemudian sebelum balik rumah saya akan singgah jenguk Jebat. Lepas tu saya akan bawanya jalan-jalan. Sebelah malam pula saya akan bawa dia pusing KL," dedah Sharnaaz.

Ditanya samada pernah mengeluh kerana perlu berbuat demikian, bintang drama 'Lelakimu Yang Dulu' ini menyifatkan ia bukanlah satu beban: "Saya sudah biasa dengan rutin sedemikian, meski pada peringkat awal rasa pelik juga kenapa aku kena berpisah dengan anak macam ni.

Klik untuk gambar besar

"Akan tetapi apabila diberikan sedemikian, saya kena terimalah. Saya tidak anggap itu sebagai beban. Jujurnya kalau saya tak jumpa Jebat lebih dari lima jam, saya pula yang rasa tak betul," jelasnya lagi.

Sharnaaz pada masa sama turut menjelaskan, ada ketika dia akan membuat panggilan video untuk berinteraksi dengan permata hatinya itu: "Cuma kalau waktu nak jumpa dia belum bangun lagi dan saya di set lokasi, selalunya akan video call. Ibu dia pun bagi. Jadi tak ada masalah," ujarnya optimis.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada selebriti dan pengacara popular, Neelofa itu. pada 31 Mac 2017. Bagaimanapun, timbul konflik melibatkan rumah tangga mereka sejak tahun lalu dan keduanya kini sedang menantikan keputusan Mahkamah Syariah yang akan diketahui, tidak lama lagi.

Bagaimanapun ujar Sharnaaz, dia dan Nabila, tetap berkawan demi anak. Malah, Sharnaaz turut menjelaskan, dia sudah 'move on' dan menerima apa saja keputusan kelak. Pelakon ini terdahulu ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman miliknya, Bubble Bee di Danau Kota, Setapak.



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: