10 July 2020

"SAYA CUBA JE" - FATIN AFEFFA TAMPIL BERHIJAB, NETIZEN DIPUJI CANTIK



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Fatin Afeefa telah berkongsi foto dirinya memakai hijab dan ia telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji wajah Fatin kelihatan begitu cantik mengenakan hijab dan mula mendoakan pelakon itu bakal mengubah penampilannya suatu hari nanti.

Tidak kurang juga ada yang mengusik Fatin kelihatan cantik umpama bidadari selain ada yang tertanya-tanya adakah pelakon filem 'Tentang Bulan' itu memberikan 'hint' untuk berhijab. Bagaimanapun menerusi ruangan komen, Fatin turut membalas komen-komen peminatnya: "saya cuba je". Terdahulu, Fatin juga dikenali sebagai selebriti yang peramah dan sering membalas komen-komen peminat di Instagram.



Klik untuk gambr besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fatin Afeefa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: