Nama pelakon Fatin Afeefa turut terpalit dan disebut-sebut netizen di laman sosial dalam kontroversi yang melanda pelakon baharu Alya Iman yang didakwa menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.
"Saya tak kenal siapa Alya Iman yang diperkatakan. Jadi, saya tak nak beri sebarang komen mengenai isu tersebut. Lagipun, saya tidak sesuai untuk memberi komen memandangkan saya bukan pakar motivasi. Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia. Malah, dia pun tak ada dalam senarai pengikut saya di laman sosial pun," kata Fatin.
Klik untuk gambar besar
Pelakon drama bersiri 'The Gadis' itu ditemui pada sebuah sidang media perlantikannya sebagai duta Havainas. Sebelum ini, Fatin pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang sekitar Jun tahun lalu.
Perkara itu didedahkan oleh seorang wanita yang menggunakan nama Mag di Twitter yang mendakwa pelakon drama 'Red Velvet' itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, Mag pada Khamis lalu memberitahu Fatin sudah menghubunginya pada minggu lalu bagi memohon maaf dan berjanji tidak akan menganggu hubungan mereka.
Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu, dia mempunyai dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.
________________________

No comments:
Post a Comment