Hanya 156,000 daripada 787,000 pengikut yang menonton Youtube masakan dalca tulang kambing YouTuber Sugu Pavithra dalam masa 9 jam. Ini menjadi persoalan segelintir netizen yang mendakwa kemunculan semula mereka semalam selepas dilanda kontroversi membuat ada yang muak dan tidak mahu menontonnya lagi.
Video berdurasi 6 minit dan 15 saat itu adalah yang pertama selepas semua 98 video di saluran berkenaan yang dihasilkan mereka sebelum ini dipadamkan.
Semuanya gara-gara mereka memadamkan semua video selepas suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit.
Malah S Pavithra dan suami juga mengatakan tidak mahu lagi aktif dan hanya mahu hidup seperti dahulu sebelum muncul melalui Youtube.
Klik untuk gambar besar

No comments:
Post a Comment