03 July 2020

BERSYUKUR DAPAT JUMPA ANAK TANPA HALANGAN, 3 KALI SEHARI - SHARNAAZ TAMPIL JAWAB ISU PANAS BARAN



"Kami belum bercerai tapi keputusan nak keluar tak lama lagi... apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak. Apa jua keputusan tentang rumah tangga, saya serahkan pada mahkamah... sejak kes ini difailkan di mahkamah saya dah reda dan bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku.



"Selama ini saya fight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan... itu dah cukup memadai. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua," kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang sanggup mengetepikan konflik yang wujud antara dia dengan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden Ahmad.

Menurut Sharnaaz, 35, dia kini bahagia menjalani kehidupan seharian selepas tiada lagi halangan untuk dia bertemu dengan anak lelakinya itu. Bagaimanapun dia menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan status rumah tangga mereka.

Sementara itu, pelakon drama 'Suamiku Encik Sotong' ini meluahkan rasa syukur apabila dia dibenarkan bertemu anaknya itu pada bila-bila masa dan mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memahami nalurinya sebagai seorang bapa: "Sejujurnya saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya juga bersyukur kerana dapat jumpa Jebat bila-bila masa tanpa halangan.

"Itu dah cukup buatkan saya seronok... saya tak mahu Jebat rasa kehilangan kasih seorang bapa, saya akan beri apa yang termampu untuk anak kami itu. Demi Allah! Apa saya buat ini semua hanya untuk anak... sekarang saya dah dapat apa lagi saya nak? Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali," ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu dia meluangkan masa sebanyak tiga kali sehari bertemu anaknya itu di kediaman Nabila: "Saya tak pernah miss jumpa sebanyak tiga kali sehari... pagi, tengahari dan petang! Itulah aktiviti seharian, dah jadi biasa.

Klik untuk gambar besar

"Kalau ada shooting, kami akan buat video call. pabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul," jelas Sharnaaz yang berkahwin dengan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Sharnaaz turut mengakui sikapnya yang sering melenting membuatkan dia dilabel sebagai seorang panas baran. Malah kata Sharnaaz, 35, watak antagonis dalam drama dan filem lakonannya juga sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat tentang karakternya.

"Saya ni pantang kena pijak, nak tegur ada cara... kita berkomunikasi mesti ada cara dan tata hormat. Mungkin tahap marah saya itu orang dah label saya sebagai panas baran... tapi semua manusia kat atas muka bumi ada panas baran," tuturnya.

Namun kata Sharnaaz, dia juga mempunyai sikap humor dan suka bergurau namun ia 'ditutup' dengan kisah kontroversi dan sensasi yang melanda dirinya.

Pada 11 September tahun lalu, Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka hangat diperkatakan media. Bagaimanapun, Sharnaaz menolak permohonan cerai yang difailkan Noor Nabila dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September tahun lalu. Pada Januari lalu, Sharnaaz menyangkal dakwaan netizen mengatakan dia sengaja melengah-lengahkan proses perceraian dan enggan melepaskan Nabila. Dia turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan isterinya semula.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: