23 July 2020

SIMPANAN 10 TAHUN, 'LET GO' 4 MOTORSIKAL - IMPIAN ACHEY MILIKI KEDIAMAN 3 TINGKAT TERCAPAI



"Alhamdulillah... 10 tahun impian saya nak memiliki rumah itu! Sekarang sedang proses ubahsuai dan tak lama lagi siaplah. Kemungkinan selepas raya haji kami sekeluarga akan pindah. Rumah itu dibeli hasil wang simpanan dan saya jual empat buah motosikal... bukan beli tunai, masih lagi hutang bank!



"Berapa harga itu biarlah rahsia tapi biasa-biasa saja, lengkap dan selesa untuk keluarga kami," demikianlah kata pelawak Achey apabila impian untuk mempunyai kediaman idaman tercapai setelah dia berjaya memiliki sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut Achey, dia dan isteri menggunakan wang simpanan untuk membeli kediaman itu dan dijangka berpindah selepas Hari Raya Aidiladha ini. Sebelum ini, Achey berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah baharunya selepas proses pengubahsuaian di laman Instagram pada Khamis.

"Tibalah masa saya bagi teaser gambar-gambar yang korang nak tahu sangat rumah baharu saya. 10 tahun dik bukan tahun yang sikit nak fokus kumpul duit, jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian," tulis Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Achey & Anne


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: