24 July 2020

KES CEDERAKAN ISTERI - INI SEBABNYA KENAPA SUAMI S PAVITHRA TAK LAYAK - MBI



"MBI memberi pengiktirafan ini hanya kepada Pavithra seorang kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh manakala suaminya dari Sungai Siput.

"Ia sebagai satu bentuk penghargaan atas usaha dan pencapaiannya sebagai anak kelahiran Ipoh membina kerjaya menerusi bakat dimiliki," kata Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Syahrizal Azmi.



Beliau berkata demikian berikutan hangat diperkatakan mengenai suami YouTuber sensasi didakwa mencederakan isterinya didakwa berpunca suaminya tidak berpuas hati namanya tidak tercalon untuk menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Tambahnya, anugerah sama tidak boleh diberikan kepada suaminya, Sugu yang merupakan anak jati Sungai Siput, dan pengiktirafan status ikon itu juga hanya melibatkan penerima individu dan bukan atas ‘Sugu Pavithra’ yang merupakan jenama saluran YouTube kendalian pasangan berkenaan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: