11 July 2020

SINAR BARU UNTUK BEN NATHAN - BAKAL LANCAR SINGLE, DAPAT RUMAH



"Ben masih dalam pemulihan. Dia masih dalam rumah kebajikan di Petaling Jaya. Dia sudah dua tahun dalam rumah itu. Keadaannya okay, okay lah.

"Cuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tak pergi melawat. Malah empat ke lima bulan kebelakangan ini dia masih okay. Cuma diam perlahan dari segi berfikir dan menjadi orang yang sangat 'simple' dan bukan macam dulu lagi.

"Di sana dia sangat terjaga. Tak boleh keluar ke mana-mana. Sekarang saya sedang berbincang dengan keluarganya bolehkah mereka menjaga dia. Perkara ini saya sudah cakap pada keluarga dan adik lelaki dia dan kita bincang," jelas Presiden YKAT, Datuk DJ Dave.



Ini kerana, sebelum ini Ben Nathan pernah mencuri perhatian masyarakat apabila tular dia hidup sebagai gelandangan selama 24 tahun. Malah adakalanya pakaiannya juga tidak terurus dan ada yang menyangka dia sebagai kurang siuman.

"Kami nak lancarkan single dia dan sedang buat persiapan sekarang. Lagu dari Jakarta yang mana hasil ciptaan rakan kepada Tan Sri Jojo.

"Lagu berentak balada ini sudah siap dirakam. Kami masih cari tarikh sesuai untuk lancar. Mungkin selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir," ujar Dave dipetik sebagai berkata pada media ketika ditemui pada sesi kunjungan mesra ke rumah beberapa artis yang mendapat bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Sri Aman, Kuala Lumpur, semalam.

"Dua tahun itu, dia datang pejabat dan saya ajar dia menyanyi untuk lagu baru. Dia okay. Insya Allah kita akan keluarkan lagu dia.

"Saya juga tidak sabar untuk serahkan kunci rumah di PPR Sri Aman ini yang sudah diperoleh sejak dua tahun lalu," tambahnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: