29 July 2020

SOKONG NAJIB - PELAWAK MAT OVER SUBUH-SUBUH DAH ADA DI MAHKAMAH



"Saya datang ke sini selepas solat Subuh tadi bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengenang jasanya kepada rakyat," demikian kata pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over.

Dia ditemuimedia ketika berada di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya, dia datang awal kerana bimbang tidak dapat masuk jika berlaku kesesakan.



"Saya dari dulu memang penyokong Najib kerana beliau seorang yang dan ikhlas menolong rakyat.

"Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: