02 July 2020

SPEKULASI SUDAH TEMUI PENGGANTI - INTAN LIANA SALEH NAFI, JEJAKA ITU HANYA TEMPAT BERKONGSI MASALAH


"Dia bukan teman lelaki saya, hubungan kami hanya sekadar kawan baik. Tapi saya tak nafikan hubungan itu agak rapat. Walaupun sekadar kawan, dia seorang yang caring selain menjadi tempat berkongsi masalah" demikianlah kata model yang juga bekas isteri pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berhubung dikatakan sudah bertemu pengganti selepas tindakannya memuatnaik sekeping gambar seorang jejaka 'mat salih' di laman sosial Instagram.





Intan menjelaskan dia dan lelaki itu hanya sekadar kawan baik yang sentiasa saling menyokong dan berkongsi masalah. Dalam pada itu, ditanya lanjut tentang latar belakang pemuda berkenaan, Intan enggan mengulas: "Maaf buat masa ini saya tidak mahu berkongsi tentang asal usul lelaki itu dan dari mana kami berkenalan," ujarnya.

Pada Isnin, Intan menimbulkan spekulasi apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka dengan nukilan istimewa buat lelaki itu. Namun, dia memadam foto berkenaan selepas menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen dan pengikutnya memberi komen positif dan mendoakan yang terbaik untuk Intan.

Klik untuk gambar besar


"Semoga sentiasa bahagia dan pelangi yang indah untuk bonda (Intan). - "Saya mendoakan yang baik-baik untuk bonda, okey. - "Allah gantikan yang lebih baik dari yang sebelum ini, semoga dipermudahkan bonda," komen beberapa netizen.

Untuk makluman, Intan dan Ude diijabkabul pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun. Intan sempat bermadu dengan Izreen Azminda selepas Ude mengahwini aktres itu pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: