02 July 2020

AMYRA BUAT KEJUTAN HARI LAHIR UNTUK AMAR, SAMBUT DI SET PENGGAMBARAN


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Amyra Rosli, 29, telah membuat kejutan sempena hari lahir suami tercinta yang juga seorang pelakon, Amar Baharin yang ke-35 semalam. Amyra memilih untuk meraikan hari istimewa itu di lokasi penggambaran drama 'Ayat-Ayat Halal' di Sungai Besar, Kuala Selangor.





Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, perjalanan untuk ke sana mengambil masa selama dua jam: "Perjalanan dua jam nak pegi set untuk buat kejutan hari lahir rasa gementar macam nak kahwin!! Haha!!" tulisnya.

Menerusi sebuah posting yang berbeza, pelakon drama 'Cemburu Seorang Perempuan' itu turut mendedikasi sebuah ucapan khas buat Amar: "Selamat hari lahir untuk teman lelaki saya, tunang dan suami kesayangan.

Klik untuk gambar besar


"Doa terbaik akan selalu ku ucapkan untukmu. Tetaplah menjadi yang terindah untukku. Dan terima kasih kerana selalu menjadi imam yang baik buat ku. Terima kasih untuk segalanya sayang @amarbaharin. Sayang awak," tuturnya lagi.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun manakala Ayra Aryssa pula dilahirkan pada 1 Februari lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Amyra Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: