02 July 2020

TOMOK TETAP SWEET DISAAT ISTERI DALAM PANTANG: "SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 9... SHAH SAYANG AYU"


"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteri saya yang tercinta. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Shah sayang Ayu," tulis penyanyi Tomok yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinannya bersama isteri tersayang, Rahayu Abas dengan memuatnaik video pendek yang merakamkan detik-detik indah perkahwinan mereka, sebagai tanda terima kasih dan sayang pada isteri.

Dalam pada itu Ayu menerusi ruangan komen entri tersebut memohon maaf kepada suaminya kerana hampir terlupa mengenai ulang tahun mereka disebabkan kerana sibuk berpantang: Happy anniversary sayang. Maaf tahun ni hampir terlupa. Sibuk berpantang gitew. Apa pun, berapa tahun pun saya akan sentiasa menyayangi awak sehingga nafas terakhir," coretnya.





Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tomok & Rahayu Abas


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: