Kedutaan Amerika Syarikat memilih lagu 'Standing In The Eyes Of The World' nyanyian ratu rock Malaysia, Ella untuk diberi nafas baru bersempena Hari Kemerdekaan negara itu. Ella yang berbangga dan teruja itu berkata dia terus bersetuju sebaik dihubungi pihak kedutaan AS untuk merealisasikan projek yang menggabungkan artis tempatan dan AS termasuk dirinya itu.
"Oleh itu, saya sangat teruja bila diberitahu yang kedutaan AS memilih lagu Standing In the Eyes Of The World untuk kerjasama antara Malaysia dan penyanyi tempatan mereka. Terbukti, muzik secara ilmiah mampu untuk menyatukan masyarakat sedunia. Kita berbicara menerusi lagu. Terima kasih diucapkan kepada mereka dan harap semua suka versi baharu lagu ini," katanya.
Klik untuk gambar besar
Berkongsi lanjut, Ella juga sangat gembira dengan sentuhan serta susunan baru lagu berkenaan yang dibuat komposer terkenal, Helen Yap: "Versi ini pastinya berbeza kerana lagu asal saya rakam sekitar 1998. Sentuhan Helen dengan komposisi baru membuatkan lagu ini lebih segar, ditambah pula engan alunan tiupan seruling Mohar," katanya.
Selain Ella dan Mohar, artis tempatan yang turut menyumbang suara adalah Zee Avi. Manakala artis AS yang terbabit termasuk bekas pemain gitar utama Guns N' Roses, Ron "Bumblefoot" Thal, Tony Memmel, Gabrielle Stravelli, ReVoiced, dan Farewell Angelina.
Projek ini turut membabitkan pemain genderang Band of the Pacific Angkatan Tentera Udara AS. Band berkenaan juga pernah membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sarawak pada 2018 dan LIMA pada 2019.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment