05 July 2020

NADYA HILANG SABAR DIDESAK BUAT REVIU: "KALAU IKHLAS BERI TAK PERLU NAK PAKSA MACAM-MACAM"



Pelakon Nadya Syahera menerusi InstaStories miliknya telah meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir peniaga atas talian yang mendesaknya memuat naik ulasan makanan yang telah diberi. Menurut Nadya, tindakan peniaga online itu menyebabkan dia hampir hilang sabar sehingga tidak berminat untuk berurusan dengan mereka.



"Awak dah sedekah makanan dekat orang tapi janganlah berjuta kali mesej tanya dah makan ke, dah makan ke apa ke? Kalau ikhlas memberi tak perlu nak paksa macam-macam kat orang. Nanti daripada orang tu baik hati nak review ke apa terus turn off tak selera dah nak review," kata Nadya yang meluahkan pandangannya itu menerusi ruangan Instastory pada pagi Ahad.

Sebelum ini aktres Janna Nick turut meluahkan rasa yang sama dan bengang dengan sikap segelintir peniaga yang mendesaknya membuat ulasan meskipun tanpa bayaran. Sementara itu, kata Nadya dia terpaksa menjelaskan mengenai perkara itu kerana kerap kali menerima pertanyaan sama daripada peniaga online.

"Maaf sister mengadu dekat sini! Faham awak berniaga kita bekerja yang tak tentu masa. Sabar itu indah sis, lama-lama orang duduk mesej bertalu-talu minta update, lama-lama hilang sabar juga tau," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: