27 July 2020

SUGU PAVITTHRA PADAM AKAUN YOUTUBE SEBAB NAK BALIK KE KEHIDUPAN ASAL



Mungkin ada antara anda yang sudah muak membaca kisah selebriti masakan YouTube, Sugu Pavithra, gara-gara terlalu banyak kisah mereka yang disiarkan media. Namun anda harus baca yang ini... kerana akhirnya teka-teki terjawab mengapa pasangan berkenaan memadam kesemua kandungan itu.

Dakwa Sugu Pavithra, mereka kini enggan lagi mempunyai kaitan dengan YouTube, sebaliknya hanya mahu menjalani kehidupan biasa seperti sebelum ini. Bak kata pepatah, ikan pulang ke lubuk!

Kata mereka, keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum adalah keputusan bersama.



"Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

"Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Ibu Sugu, G Rajeswari, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.

"Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka," katanya ketika ditemui media di Ladang Elphil, Sungai Siput, Perak.

Jadi kesimpulannya, Sugu Pavithra kini masing-masing mengucapkan selamat tinggal kepada 785,000 pengikut mereka di Youtube. Mungkin bagi mereka, wang dan populariti tidak mampu membina keluarga bahagia sebagaimana yang dikehendaki.

Bye-bye Sugu Pavithra!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: