27 July 2020

"RATUSAN RIBU RINGGIT RUGI GARA-GARA PKP" - NABIL



Jika dulu hanya naik motor kapcai dan bekerja sebagai penghantar dokumen, namun setelah popular... Lama kelamaan Nabil Ahmad mampu memiliki rumah, kehidupan yang boleh dikatakan mewah, pendapatan bagus dan perniagaan ratusan ribu ringgit.

Namun, adakalanya kita berada di atas, dan adakalanya kita jatuh sedikit ke bawah. Covid-19 banyak mengajar manusia agar mendekatkan diri dengan Allah SWT dan senantiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

"Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Malah, pengurus saya beritahu 'show' dan acara hiburan dari Mac hingga Disember, semua dibatalkan.



"Ada lebih 20 acara dibatalkan dengan kerugian yang harus saya tanggung membabitkan ratusan ribu ringgit.

"Namun, mujurlah kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium, sekurang-kurangnya tidaklah memberi beban untuk saya melunaskan komitmen," ujar pelawak dan pengacara itu mengenai kerugiannya melibatkan ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh tiga bulan Covid-19.

"Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak bekerja semula.

"Sekarang ini, syarikat produksi saya ada seorang pekerja sahaja untuk memantau kerja yang tertangguh. Namun, Insya-Allah kita doakan semoga ekonomi negara semakin stabil," katanya akibat PKP, dua pekerja syarikat produksinya terpaksa dihentikan perkhidmatan. - HM

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: