27 July 2020

ISTERI BERSALIN AWAL - GJIE 6IXTH SENSE SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI



"Alhamdulillah, rezeki saya dan isteri dapat anak kedua selepas empat tahun. Anak sulung kian membesar. Jujurnya, kami tak merancang untuk memiliki anak kedua, namun rezeki dikurniakan sepasang cahaya mata. Ikutkan anak kedua dijangka dilahirkan penghujung Julai, dekat pula dengan sambutan Aidiladha. Jika lahir pada tarikh 2.7.20 atau 27.7.20 cukup cantik angka berkenaan.



"Bagaimanapun, Luth keluar lebih awal. Jadi, ada beberapa komitmen kerja yang sudah dipersetujui awal bertindih dengan kelahirannya. Namun, saya dan isteri bersyukur atas nikmat ini," demikian kata pemain gitar kumpulan 6ixth Sense, Gjie yang menyambut kelahiran anak keduanya, Luth Hadid pada 19 Julai lalu.

Isterinya, Farah Nabila Selamat atau Bella melahirkan bayi secara normal di sebuah hospital di Bangi. Pasangan berkenaan sebelum ini memiliki anak perempuan, Aisya Medina yang kini berusia empat tahun. Gjie atau nama sebenarnya, Mohd Faiz Azizi Arlis berkata, kelahiran anak keduanya ini cukup mudah dan cepat berbanding anak pertama.

Klik untuk gambar besar

"Isteri pun tak sedar sudah mahu bersalin. Sangkaannya hanya sakit biasa, malah kami sempat pergi menjamu selera nasi kandar pada sebelah petang. Sebelah malamnya isteri mula mengadu sakit, jadi saya terus membawanya ke hospital.

"Doktor pula mempersoalkan kenapa datang lambat ke hospital kerana bukaan rahim sudah empat sentimeter. Alhamdulillah, lebih kurang sejam bayi kami selamat dilahirkan. Sangat mudah," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 2015.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Gjie 6ixth Sense


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: