16 July 2020

SUSULAN KES 'PAKCIK JAGUNG' - EBIT LEW ZIARAH, BERI BANTUAN



Masihkah anda ingat dengan kes 'pakcik jagung' yang diakui oleh anaknya menghidap penyakit 'Retinitis Pigmentosa' (masalah penglihatan) di mana penguat kuasa tempatan (PBT) telah merampas jagungnya atas alasan tidak mempunyai lesen?

Terkini, Ustaz Ebit Lew telah meluangkan masa melawat pakcik tersebut untuk memberi bantuan dan bertanyakan masalah yang dihadapinya.

"Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak.



"Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti.

"Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda. Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni," kongsinya di laman sosial.

Tambah UEL, dia tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri tulisnya dia merayu MPS dapat membantu pakcik itu.

Klik untuk gambar besar

"Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan RM1,000 dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ni sebak dan tak ingin yang lain-lain.

"Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Selalu tengok video dan ceramah saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Mereka tak nak apa-apa. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya.

"Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat," tambah UEL lagi.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Korporat MAJLIS Perbandaran Selayang (MPS) Mohamad Zin Masoad berkata, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu mendapat perhatian warganet selepas video insiden tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Tindakan ke atas peniaga itu dibuat berdasarkan aduan diterima daripada orang awam dan peniaga pasar berkaitan penjaja tanpa lesen di kawasan Pasar Selayang Jaya.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kami mendapati beberapa penjaja tanpa lesen berniaga di sekitar kawasan pasar itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohamad Zin berkata, pihaknya kemudian mengeluarkan tiga kompaun dan sitaan terhadap tiga peniaga terbabit.

"Bagaimanapun, anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi oleh seorang daripada peniaga yang menjual jagung ketika tindakan sitaan dijalankan.

"Peniaga itu yang juga pemegang kad pengenalan pemastautin tetap (PR) gagal memberikan kerjasama dan melakukan provokasi serta menimbulkan kekecohan ketika tindakan penguat kuasaan dilakukan," katanya.


Katanya, sebelum ini, peniaga itu pernah dikenakan tindakan amaran, kompaun dan sitaan oleh MPS.

"Namun, peniaga itu tetap berdegil dan meneruskan aktiviti perniagaan. Sebagai pemegang kad pengenalan PR, dia tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Bilangan 20/2020.

"Kami memandang serius mengenai isu ini dan satu laporan polis dibuat atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

"Kami juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang membuat rakaman dan menyebarkan video sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta menjejaskan nama baik MPS," katanya.





www.myartis.com / Sumber & foto: HM/ebitlew


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: