05 July 2020

"TAK BUAT HEAVY WORKOUT PUN, BREASTFEED JE..." - BERAT BADAN IKA NABELLA TURUN SAMPAI 50KG


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Ika Nabella memuatnaik fotonya yang berada di gim, selain mengakui beratnya sudah turun sehingga 50 kilogram (kg) selepas melakukan sedikit senaman dan hanya menyusukan anaknya Muhammad Noah Zayn berusia 9 bulan. Menurut Ika dia cuba hendak konsisten melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.





Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut memberi kata-kata semangat kepadanya: "Mommy is back! Haha sanggup book class 8 malam semata-mata nk cuba indoor cycling yang famous tu. Makan hati tengok mak-mak yang pergi workout pakai sportbra tayang perut flat. I pun nk jugak flat mcm tu hehe.

"Perut Mamika dah flat. Berat pun dah 50kg dari 72kg. Tak buat heavy workout out pun, breastfeed je Alhamdulillah 500-700 calories hangus everyday. Tapi apa salahnya start balik work out macam dulu. Tone up sikit sisa-sisa melahirkan tu. Sekeping sangat pun tak lawa. Ayah Noah Zayn suka yg padu sedap pelukkan," kata Ika.

Untuk makluman, Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang. Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Oktober yang lalu.

Klik untuk gambr besar











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Ika Nabella


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: