05 July 2020

PU AZMAN: "PEROGOL TETAP DIHUKUM SEBAGAI PESALAH, PEREMPUAN SEKSI BUKAN ALASAN..."


"Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah. Perempuan seksi bukan alasan untuk "halalkan" jenayah rogol. Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat. Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah," jelas pendakwah bebas, PU Azman menerusi satu kicauan di laman sosial Twitter.





PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias yang berkongsi pernyataan itu untuk tatapan umum itu tampil menyatakan perempuan seksi bukan alasan untuk perogol melakukan jenayah rogol. Hasil tinjauan di Twitter, ramai wargamaya yang menyokong perkongsian PU Azman itu.

"Inilah kenyataan yang boleh dipakai. Terima kasih banyak-banyak Cik Man," puji seorang wargamaya. - "Betul Cik Man, beza ketetapan dengan pilihan," sokong seorang wargamaya. - "Betul tu, alasan tu tak boleh, tapi faktor tu boleh," kata seorang wargamaya.

"Aurat sesama mahram ada hadnya. Cuma kadang perlakuan bapak memanjakan anak perempuan tak kena gaya. Depan khalayak ramai, anak pompuan yang dah belasan tahun, yang dah jadi anak dara meleser dengan bapak. Sampai duduk atas pangku bapak. Mak cuma senyum-senyum kambing," tegur seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 2,000 ulang kicau dan 2,200 tanda suka daripada warga Twitter. Terdahulu, tular di laman sosial apabila seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara yang dikenali sebagai Azizi Dain lantang berpendapat jenayah rogol adalah salah wanita yang mengundang perlakuan itu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: