05 July 2020

"KITA TAK BOLEH ANGGAP SEMUA GUNA MEDIA SOSIAL NI WARAS" - HAWA RIZWANA DITUDUH PERAMPAS, DIHAMUN KATA-KATA KESAT


"Saya pun tak faham apa maksud dia. Saya tak pernah kacau sesiapa pun, mungkin dia saja nak mulakan provokasi. Bila saya buka DM (mesej peribadi) tersebut, rupa-rupanya dah banyak mesej yang berbunyi lebih kurang sama dihantar sebelum ini.





"Kita tak boleh nak anggap semua orang yang menggunakan media sosial ni waras, mungkin dia tak sihat jadi buat apa saya nak marah," kata penyampai berita dan pengacara, Hawa Rizwana Redzuan yang kesal apabila menerima mesej berbaur hinaan selain dituduh sebagai wanita perampas atau 'penyondol' lelaki di media sosial.

Hawa, 25, menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan percaya ia hanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah mental. Dalam pada itu, Hawa berkata, dia tidak marah atau berdendam sebaliknya menganggap perkara itu sebagai satu cabaran untuk dia berada dalam dunia penyiaran. Tambahnya, dia juga tidak terlalu memikirkan hal sedemikian yang hanya akan membawa kesan negatif.

"Memang selalu dapat pun benda-benda macam tu. Awal-awal dulu tak sangka la orang macam tu wujud di dunia ini. Saya tidak ambil peduli sangat perkara seperti ini kerana ia tidak memberi tekanan pun kepada saya, Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya untuk berdepan ujian ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: