30 July 2020

TERPALIT PELBAGAI DAKWAAN - FATIN ENGGAN SUSAHKAN DIRI TURUN NAIK MAHKAMAH



Pelakon Fatin Afeefa sering kali terpalit dengan tomahan atau fitnah melibatkan dirinya di media sosial. Meskipun begiru, Fatin menjelaskan ada sebab tersendiri mengapa mengambil pendirian untuk diam. Menurut Fatin, dia lebih selesa memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi berbanding berkongsi kisah hidupnya bersama orang luar.



"Pada saya, tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun mengenai hidup saya, khasnya hal peribadi. Lagi pun, itu sahaja privasi yang saya ada ketika. Hanya itu yang boleh saya simpan. Kalau saya keluar pun, 'life' saya seolah-olah sudah tiada privasi lagi.

"Kadang-kadang ketika saya tengah makan pun ada orang ambil gambar dan sebagainya. Kalau ikutkan saya tak suka pun untuk keluar. Most of the time saya hanya ada dekat rumah sahaja. Bagaimanapun, saya perasan bila kurang berkongsi mengenai kehidupan peribadi, saya lebih gembira sebenarnya.

"Jadi, orang tak boleh nak mengata benda yang mereka tak tahu. I learn it hard way dan biarlah orang nak kata apa sekali pun. Kalau orang nak kata satu campur satu bersamaan dengan lima sekalipun, saya akan okay sahaja. Enjoy!," katanya jujur.

Klik untuk gambar besar

Pelakon drama 'The Gadis' itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Havaianas Flagship Store di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa. Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak bercadang untuk membawa segala dakwaan melampau yang diterima ke muka pengadilan. Ini kerana bagi Fatin, perkara seperti ini hanya akan menyulitkan dirinya di kemudian hari.

"Entahlah saya tak pasti... sebab pada saya what comes around goes around. Jadi, apa yang mereka cakap atau sakitkan hati saya misalnya, satu hari nanti akan berbalik juga pada mereka. Jadi, saya tak perlu nak penat-penatkan diri untuk naik turun mahkamah. Malah kena keluar duit lagi. Nak buka kes je dah RM5,000 rasanya.

"Bukan nak jadi kurang ajar, akan tapi kebanyakan orang yang saya nak saman tu, kemungkinan tiada duit nak bayar. So, itu dah membazir waktu dan saya jadi banyak kerja pula. Jadi, lebih baik saya 'lantak je' mereka nak kata apa sekali pun. Nanti penat, mereka diam sajalah," jelasnya.


Fatin juga akui tidak akan memadam reaksi atau kritikan melampau netizen di media sosial miliknya: "Saya tidak akan padam sebab selalunya saya akan sekat sahaja akaun tersebut. Sayatak mahu ada aura negatif.

"Bukan kerana takut,tapi kenapa pula saya perlu melayan karenah mereka yang entah apa-apa? Kalau anda rasa tak suka, mudah sahaja. Jangan jadi psiko, hanya 'block' saja saya. Jangan tengok dan jangan komen apa-apa pun," akhirinya.

Untuk makluman, Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia. Keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Instagram Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir & Fateema Azzahra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: