30 July 2020

"SELUAR BASIKAL MEMANG MACAM TU, DESIGN KETAT... PAKAI LONGGAR TERSANGKUT" - HANEZ



Pelakon Hanez Suraya sebelum ini menerima kecaman berkenaan seluar yang dipakai ketika berbasikal. Enggan terus mendiamkan diri, Hanez menerusi laman Instagram miliknya telah menyuarakan pendapat mengenai kecaman dihadapi oleh wanita bertudung yang terlibat dengan sukan berbasikal. Pelakon drama bersiri 'Autumn Di Hatiku' ini mahu orang ramai berfikiran positif.



"Bukan senang nak jadi female cyclist ni. Especially yang bertudung. Ada je kecaman. Cuba fikir positif, berbasikal kan aktiviti bersukan, niat nak kayuh supaya badan sihat, jantung sihat," tulisnya di ruangan kapsyen.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memberikan penjelasan mengapakah seluar yang digunakan untuk sukan berbasikal agak ketat: "Seluar basikal tu memang macam tu, design ketat dan padding untuk keselesaan dan keselamatan, saya pernah pakai seluar trek yang longgar sikit, tersangkut pula kat seat (pada yang faham) sangat bahaya.

Klik untuk gambar besar

"Untuk orang di luar sana, bila fikiran anda positif, anda pasti akan nampak perkara yang baik-baik sahaja, begitu juga sebaliknya. Kaum hawa pun nak juga berbasikal tanpa di kecam," luahnya.

Hanez juga mempunyai pesanan untuk mereka yang menganggap pakaian sukan berbasikal yang digayakannya kelihatan tidak senonoh: "Kalau pakaian saya agak tak senonoh di mata anda, jangan tengok! Unfollow sahaja okay. Saya cuma share pasal my healthy lifestyle. Peace. Caption by Mader & President @siputforever," tulisnya lagi.

Aktif berbasikal semenjak beberapa bulan lalu, Hanez turut melakukan aktiviti sihat terbabit bersama suaminya, Romie Razin Adilha Abdul Jais. Selain Hanez, antara selebriti yang aktif dalam sukan berbasikal ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali, Zizan Razak, Hawa Rizwana, Hairul Azreen, Radin ERA, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hanez Suraya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: