29 July 2020

WAJAH FATEEMA AZZAHRA, ANAK KEDUA SAHARUL & DEENA



"Assalamualaikum! Nama saya Fateema Azzahra. Puteri kesayangan Baba and Mummy ❤️. Semangat kan? Hehehe. Agak2 korang dah 1 bulan 16 hari ni berapa berat dah Fateema? 👧🏻. Membesarlah wahai anakku Fateema Azzahra sebagai umat Islam yang sentiasa taat pada perintah Allah.



"Itu doa Baba utk anak2 Mummy dengan Baba. InShaaAllah. Titipkanlah doa yang baik2 utk puteri kesayangan kami ni ya. Terima kasih semua 🤲🏻," demikian tulis pelakon Saharul Ridzwan yang turut mendedahkan wajah anak kedua, Fateema Azzahra menerusi satu posting terkininya di laman Instgram.

Foto yang dirakam secara penuh wajah comel bayi perempuannya itu juga turut mendapat reaksi positif peminat pada ruangan komen. Posting berkenaan telah pun mendapat tanda suka lebih 28,000 kali oleh wargamaya.

Untuk makluman, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Luth Ali, yang kini menginjak usia 2 tahun serta Fateema Azzahra, 1 bulan lebih.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Instagram Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir & Fateema Azzahra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: