30 July 2020

AYAH KONGSI PERKEMBANGAN KESIHATAN AINUL MARDHIAH & GAMBAR ADIKNYA



"Assalamualaikum saya adik Ainul Mardhiah. Nama saya Umar Abdurrahman," demikian perkongsian gambar Ahmad Safiuddin, ayah kepada Ainul Mardhiah.

Bagaimanapun, banyak persoalan yang sering ditanya oleh pengikut Ainul pada Ahmad Safiuddin, mengenai tahap kesihatan dan perkembangannya.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA JAWAPAN TENTANG AINUL

1. Umur Ainul berapa tahun? Jawapan : 13 haribulan 8 tahun ini ainul genap 2 tahun



2. Ainul minum susu apa? Jawapan : Ainul minum susu Pediasure ( Cadangan pakar pemakanan )

3. Berapa berat Ainul sekarang? Jawapan : Berat ainul sekarang sudah hampir 9kg

4. Tiub di leher apa fungsinya? Jawapan : Tiub di leher itu namanya tracheostomy, berfungsi sebagai laluan (bypass) untuk ainul bernafas. Ainul bernafas menggunakan saluran itu, bukan melalui hidung.

5. Sampai bila Ainul perlu guna Trachy tu? Jawapan : Saya tidak pasti. Yang ini semuanya bergantung atas nasihat dan pandangan Doktor. Tapi rasanya tidak akan cabut dalam masa terdekat ini.

Klik untuk gambar besar

6. Oxygen ainul dah off ke? Jawapan : Belum off lagi. Cumanya, bila ainul semakin membesar ini, dia kerap cabut oxygen itu sendiri. Lagi-lagi bila dia tengah main, kita pasangkan tak sampai 2 minit dia dah cabut semula. Jadi, kami monitor sahaja dia. Normally dalam 15-20 minit dia boleh off ( kami monitor guna mesin spo2 ). Tapi lepas 20 minit tu memang kami akan paksa dia pakai. Nangis pun nangis lah.

7. Apa perkembangan ainul yang terkini? Jawapan : Ainul dah boleh merangkak and sekarang dia tengah gian memapah. Doakan dia boleh berjalan secepatnya. Cumanya nanti bila dia dah pandai jalan, lagi haru nak kejar dia bawak tong oksigen satu rumah.

8. Ainul makan macam mana? Jawapan : Ainul makan/minum ikut gastrostomy ( tiub di perut ). Ainul masih belum boleh makan/minum melalui mulut sebab ainul "Cleft Palate" ( Sumbing lelangit ). Dan sekarang Ainul masih lagi minum susu 100%.

9. Bila nak tampal Sumbing Lelangit? Jawapan : Saya tidak pasti. Ini bergantung kepada Doktor Pakar dan bergantung juga pada tahap kesihatan diri Ainul yang lain.


Main concern Para Doktor yang merawat ainul adalah paru-paru ainul yang yang tidak normal ( paru-paru berair ). Jadi, Ainul perlu baik/sihat yang ini dahulu, kemudian baru lah rawatan lain akan menyusul. Bak kata Doktor, step by step.

Punca paru-paru ainul tidak normal disebabkan Ainul tidak reti telan air liur. Jadi air liur dia masuk ke dalam salur pernafasan seterusnya ke paru-paru.

Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan sejak lahir Ainul tidak pernah guna otot penelanan dia untuk makan dan minum, jadi mungkin ainul terlupa atau "tidak tahu" untuk gerakkan motor penelanan dia. Jika ikut kepada brain test ainul, semuanya ok dan normal. Maksudnya, motor @ organ tubuh badan dia berfungsi dengan baik. Jadi, ia bermakna Ainul sendiri yang tidak reti atau biasa menelan.

Sekarang ini setiap minggu Ainul akan menjalani sesi Terapi/Fisio di Gymcademy.


10. Boleh ke nak bagi Ainul hadiah? Jawapan : Boleh. Tapi kami dah banyak terima hadiah sampai tak tahu nak simpan mana ?? cuma kalau nak bagi juga, boleh hantar ke alamat seperti yang tertera :

No. 14, Lorong 1, Jalan Desa Molek 11 Taman Desa Molek 75460 Melaka ( Alamat kedai saya )

11. Ainul tiada suara ke? Jawapan : Suara ainul ada. Cuma disebabkan Ainul guna Trachy, suaranya itu tidak dapat kita didengari. Tapi jika ainul tutup saluran pernafasan, kita akan dapat dengar suara "emasnya" hehe.

12. Macam mana dengan ketumbuhan Ainul? Jawapan : Alhamdulillah, sudah lebih setahun dari hari pembedahan di London, ujian darah menunjukkan normal bawah paras 5 ( AFP ). Jadi dengan izin Allah swt, inshaAllah ainul mungkin sudah bebas. Cuma, ujian darah tetap diteruskan sehingga Ainul berusia 5 tahun.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: