22 August 2020

12 HARI DI ANGKASAN - SHEIKH MUSZAPHAR DEDAH IBU MENANGIS SETIAP HARI, SUSUT 12KG



"Saya membawa bersama dua naskhah Al-Quran dalam perjalanan ke angkasa. Salah satunya adalah dari ibu saya yang mengingatkan saya untuk membawanya setiap masa. Ibulah yang paling risau berbanding semua orang. Dia menangis setiap hari selama 12 hari bertugas di angkasa dan telah kehilangan 12 kg selama 12 hari itu.

"Saya teringat bercakap dengannya semasa saya menaiki ISS – ada air mata kegembiraan walaupun ketika itu saya dapat merasakan ketegangan apabila mengetahui perjalanan saya masih belum selesai," demikianlah cerita angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menerusi laman Instagram miliknya.

Sheikh Muszaphar mendedahkan berat badan ibunya merosot sebanyak 12 kilogram ekoran menangis setiap hari. Kisah itu berlaku ketika Sheikh Muszaphar berada selama 12 hari di angkasa lepas pada 2007.

Berbeza pula dengan bapanya yang lebih tenang dan sentiasa memberikan sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan: "Ayah sangat berlainan dengan ibu. Sama kuat seperti keluli, terus mendorong saya dan ingatkan bahawa saya akan berjaya dengan sikap 'do or die'. Saya kira dari situlah saya mewarisi sifat beliau," tambahnya.

Klik untuk gambar besar


Berakar umbi daripada asuhan kedua-dua ibu bapa, kata Sheikh Muszaphar daripada situlah keempa-empat adik beradiknya melakar kejayaan dalam bidang masing-masing. Matlamat sama diguna pakai Sheikh Muszaphar dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

"Saya sangat bersyukur dibesarkan dengan 4 saudara lelaki lain yang benar-benar kompetitif dan mempunyai semangat untuk berjaya dalam semua bidang terutama sekali pendidikan dan sukan. Saya sekarang membesarkan anak-anak saya dengan cara yang betul. Membesarkan mereka dengan cara seimbang adalah kunci.

"Seorang ibu bapa tegas sementara yang lain menyayangi anak mereka dengan cara tradisional. Kedua ibu bapa harus bersikap tegas dan penyayang dengan tujuan bersama – untuk menghasilkan yang terbaik pada anak anda.

"Penting untuk menghabiskan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Bimbing mereka. Sayangi mereka. Didik mereka. Dan hormati mereka. Insya Allah, mereka akan berjaya di akhirat," ujar Sheikh Muszaphar yang telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan menaiki kapal Soyuz dibawah penjanjian Rusia pada Oktober 2007.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sheikh Muszaphar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: