22 August 2020

TANIA HUDSON INGIN BERSENDIRIAN TANPA DIGANGGU, TEMPUHI KESAKITAN



Menerusi laman Instagram, pelakon Tania Hudson, 35, mendedahkan penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) iaitu pengumpulan saluran darah secara tidak normal dalam otak kembali menyerang.

Menurut Tania, keputusan tepat akan diketahui pada hari Isnin selepas dia melakukan Angiogram. Angiogram adalah imbasan sinar-x untuk memperlihatkan salur darah dengan menggunakan bahan kontras.

"Bagi yang tanya saya ada AVM di otak. Pada tahun 2009 saya kena strok dan ia pecah jadi saya menjalani pembedahan laser. AVM adalah segumpal darah dan ia boleh pecah bila-bila masa seperti bom dalam otak.

Klik untuk gambar besar


"Ini menyebabkan saya sakit akhir-akhir ini dan kemungkinan besar AVM tak kecut sepenuhnya atau berlaku pendarahan. Pada hari Isnin selepas Angiogram baru saya tau. Doa kan ya," tulisnya di Instagram Stories.

Tegas pelakon filem 'Abang Long Fadil 2', dia ingin bersendirian tanpa diganggu untuk menempuhi kesakitan yang dirasai. Dalam pada itu, adik kepada aktres Natasha Hudson ini menyatakan dia tidak memerlukan individu yang hanya muncul pada waktu sekarang.


"Saya benar-benar ingin ditinggalkan sendirian sekarang. Jangan tanya saya banyak soalan. Jangan telefon atau mesej saya. Saya berada dalam kesakitan dan tidak mempunyai mood untuk bercakap. Saya mempunyai Bipolar dan saya juga harus mengatasi masalah otak saya.

"Semasa saya sihat dan ketika sangat memerlukan seseorang dan berada dalam kesakitan dengan perkara yang dilalui saya memerlukan sokongan moral namun tidak ada yang mahu berada di sini untuk saya dan menilai seperti saya psiko.

"Sekarang ketika saya sakit baru nak cari-cari saya. Saya telah melaluinya sendirian dan cukup kuat untuk menangani semua ini sendiri. Yang saya perlukan hanyalah orang ikhlas, ada untuk saya sebelum semua ini berlaku selebihnya saya tidak perlukan. Terima kasih," tulisnya lagi.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tania Hudson

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: