05 August 2020

5 TAHUN MENANTI - AMEER SOFAZR & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK SULUNG



Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Ameer Sofazr dan isterinya, Saidatul Nazriah kerana bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi, setelah lima tahun menanti penuh sabar. Ameer Sofazr memaklumkan bahawa usia kandungan isterinya kini sudah memasuki enam bulan. Begitupun, menurut Ameer, 37, sehingga kini, dia masih belum lagi mengetahui jantina bayi sulung dalam kandungan isterinya.



"Alhamdulillah, sudah enam bulan. Insya-Allah jika dengan izin-Nya, isteri bersalin pada hujung bulan Oktober atau awal bulan November. Cuma, jantina bayi yang tak tahu lagi sebab hari itu ketika buat pemeriksaan imbasan, bayi malu-malu nak tunjuk," katanya.

Katanya lagi, keadaan kesihatan isterinya juga berada dalam keadaan baik sejak di awal kehamilan: "Setakat ini, Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan isteri tengah mengandung. Tak ada alahan atau mabuk-mabuk setakat ini," katanya.

Klik untuk gambar besar

Kongsi bintang Gegar Vaganza musim keenam itu, dia juga sudah mula melakukan persiapan membeli kelengkapan bagi menyambut kehadiran cahaya matanya itu: "Ada lah beli sikit-sikit. Beli apa yang perlu dulu sahaja. Tapi, baju bayi yang susah sedikit. Tak tahu nak beli baju bayi lelaki ke perempuan," kongsinya.

Terdahulu, Ameer berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram apabila bakal menimang cahaya mata sulung selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Ameer berkahwin dengan Saidatul Nazriah pada Januari 2015.


Dalam masa sama, Ameer turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan dia dan isteri. Tambah Ameer, dia berharap agar proses kehamilan isterinya itu dipermudahkan dan selamat melahirkan. Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkhabaran gembira itu serta tidak melepaskan untuk mengucapkan tahniah buat Ameer dan isterinya.

"Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna. Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna. Tq pd smua family, sahabat @sofazrband & @ameer_rangers yg mendoakan untuk kami selama ni.

"Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah 😊," tulis Ameer yang turut berkongsikan gambar terkini isterinya yang sudah jelas kelihatan 'baby bump'.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Ameer Sofazr


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: