10 August 2020

AMMAR ALFIAN TOLAK PERMOHONAN CERAI - ISTERI KECEWA



"Saya kecewa kenapa Ammar seakan mahu merumitkan kes ini apabila menolak permohonan cerai itu. Kami pun sudah tiada apa-apa hubungan dan tidak faham apa niatnya berbuat demikian. Hakikatnya kami sudah tidak bersama pun sejak setahun lalu," demikian isteri Ammar Alfian, 33, iaitu Nelissa Nezam, 31, ketika ditemui selepas selesai urusan pelantikan hakam untuk kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.

Nelissa kecewa apabila suaminya iru tidak memberi kerjasama bagi memudahkan proses perceraian yang dituntut. Nelissa berkata, dia sudah menuntut cerai pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur namun Ammar menolaknya pada Julai lalu.

Lebih membuatkan Nelissa terkilan apabila pelakon 'Paskal' itu enggan memberi kerjasama yang baik demi menyelesaikan kemelut antara mereka: "Ammar tak beri kerjasama, dia belum melantik mana-mana hakam. Selepas Ammar dah lantik hakam nanti baru kami boleh teruskan proses perceraian ini," ujarnya.

Untuk makluman, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan. Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Ammar Alfian & Nelissa Nezam


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: