20 August 2020

ANAK-ANAK YATIM - INTAN NAJUWA KONGSI REZEKI SEMPENA HARI LAHIR



"Tidak ada makan malam mewah, hanya makan malam yang sederhana dengan manusia kegemaran saya. Muka baru balik penggambaran, kepenatan dan barai. Jubah tu main sarung je.

"Alhamdulillah, secara rasmi saya dah 23 tahun. Saya sangat gembira dan diberkati. Semoga cepat kahwin dan dilimpahkan rezeki, Amin," demikian kongsi pelakon Intan Najuwa menerusi laman Instagram ketika menyambut hari jadinya.

Tidak seperti kebiasaan, tahun ini Intan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23 secara sederhana dengan hanya makan malam bersama teman rapat beliau pada 18 Ogos yang lalu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Intan juga sempat berkongsi rezeki dengan anak-anak di Baitul Lathofah bersempena menyambut ulangtahun kelahirannya itu. Bagaimanapun diatas kekangan masa di set pengambaran, Intan tidak dapat hadir bersama.

"Anak-anak saya yang cantik di Baitul Lathofah. Saya minta maaf tidak dapat datang hari ini kerana ada penggambaran. Tetapi saya berjaya memberikan sesuatu yang istimewa untuk anda semua pada hari jadi saya!" katanya.

 

 
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: