20 August 2020

GAGAL KAWAL KESEIMBANGAN - MATA RADHI OAG KINI KABUR



"Tiba-tiba penglihatan mata kanan saya jadi gelap dan kabur. Saya juga tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan memegang barang.

"Jadi saya dapatkan rawatan di hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak selain perlu menjalani pembedahan.

"Dianggarkan kos pembedahan itu sebanyak RM3,000. Jadi sekarang saya sedang usaha mengumpul wang secepat mungkin kerana bimbang masalah lain timbul," kata penyanyi kumpulan OAG, Radhi yang kini berusaha mengumpul wang untuk kos pembedahan mata kanannya yang berdepan masalah penglihatan akibat katarak.

Dia mula perasan mata kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik sekitar Mac lalu.

"Saya anggap penyakit ini satu hadiah daripada Allah. Mungkin Dia nak beritahu saya, kalau masih teruskan kehidupan begitu (masa lampau), masa depan saya boleh gelap.

"Doakan semoga mata kanan saya kembali normal supaya saya dapat menikmati kehidupan dengan jalan yang baik dan diredai," ujarnya dipetik sebagai berkata. - HM

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: