14 August 2020

ANAK KETIGA SELAMAT DILAHIRKAN - HAIRI SAFWAN TIMANG PUTERI SULUNG



"Alhamdulillah, anak perempuan ini dinantikan keluarga saya sejak sekian lama. Ini kerana dalam keluarga saya, lebih ramai lelaki berbanding wanita. Jadi kehadiran bayi ini cukup dinantikan. Alhamdulillah, anak ketiga saya cukup sifat dan sihat. Ibunya stabil dan menjalani proses berpantang....

"Semoga semuanya dipermudahkan," demikian kata pelakon dan ahli perniagaan, Hairi Safwan yang menyambut kelahiran anak ketiga seberat 2.7 kilogram itu di sebuah pusat perubatan, pada jam 2.52 petang semalam.

Sebelum ini, Hairi mempunyai dua anak lelaki iaitu Arif Haikal dan Azad Hakim. Bayi ketiga ini merupakan puteri sulung bagi pasangan ini. Hairi bersyukur bayi yang dinantikan seisi keluarga, selamat dilahirkan isteri, Fara Afiza Azman.

"Jadi, lengkaplah keluarga kami. Namun, jika ada rezeki pada masa depan, saya tidak menolak. Apa-apapun tanya isteri saya dahulu. Kalau dia okay, saya lagilah okay," tutur uara program realiti Anak Wayang 2009 ini yang bernikah dengan Fara yang juga guru sekolah, pada 22 Mac 2014 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Klik untuk gambar besar






 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Datuk Rizalman


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: