14 August 2020

BILA TASHA MANSHAHAR PRANK SUAMI, BELI GINCU HARGA RM2,459



Menerusi satu entri di laman Instagram, penyanyi Tasha Manshahar telah memuat naik sebuah video yang memaparkan reaksi terkejut suaminya selepas diberitahu mengenai pembelian alat solek mewah yang dilakukannya.

Dalam video tersebut, Tasha memaklumkan bahawa dia baru sahaja berbelanja sehingga RM2,500 bagi satu gincu: "Saya nak kongsi dengan korang, semalam saya ada beli sesuatu secara online. Saya beli satu gincu pada harga RM2,459," katanya dalam satu entri di Instagram.

Suaminya yang ketika itu sedang memandu terus menoleh kepadanya kerana terkejut dengan tindakan Tasha yang berhabis wang demi alat solek: "Beribu? Mahalnya, biar betul..lebih baik beli jam," kata Raqib.

Klik untuk gambar besar


Bahkan, Tasha kemudian cuba menjelaskan kepada suaminya bahawa gincu edisi terhad itu telah dijual pada harga promosi: "Itu pun lepas diskaun, sebelum diskaun RM2,999, tapi warna biasa je. Warna macam seolah-olah tak pakai lipstik, saya rancang nak beli satu lagi lipstik edisi terhad. Atau patut saya beli blusher (pemerah pipi) berharga RM2,300," jelasnya.

Suaminya yang mendengar kemudian hanya mampu menggelengkan kepala kerana merasakan tindakan Tasha itu tidak wajar: "Baik beli jam. Mengarutlah..sama juga (beli yang biasa), blusher juga. Blusher tu pakai bulu apa? Bulu kuda?," soal suaminya.


Begitupun, kata Tasha dia sebenarnya sengaja mahu melihat reaksi suaminya itu kerana sedar bahawa Raqib tidak pernah tahu mengenai barangan alat solek wanita. Tidak terhenti di situ, sebaik tiba di rumah, kata Tasha, suaminya turut bertanyakan lebih lanjut mengenai 'pembelian' tidak masuk akal tersebut.

"Balik rumah tu, @raqibmajid soal siasat saya ya. Dalam video ni dia cover-cover sebab dia tahu saya tengah rakam. Perbualan di rumah tu saya ada rakam senyap-senyap tapi video tu tak ada audio pulak. Video okay tapi bila nak tengok balik bunyi dia tak ada, tapi sumpah kelakar. Ia hanyalah satu prank lah @raqibmajid! Nak buat apa saya beli lipstik RM2,500 sebatang?!," ujar Tasha.

Perkongsian Tasha itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang lucu melihat gelagat suaminya: "Abang Raqib sama sahaja dengan suami saya, beli alat solek, dah terangkan satu persatu pun masih juga tak tahu," tulis salah seorang pengikutnya. - "Nasib dia tak ada sakit jantung..haha," komen warganet lain. - "Normal tu Tasha, lelaki memang akan soal siasat kalau mahal-mahal ni," respons seorang pengikutnya

 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tasha Manshahar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: