25 August 2020

"ANTI POTONG PERUT... ORGAN DALAMAN TAK MAHU KACAU" - NOURUL NAK KURUS SEMULA JADI



"Maaf, kami anti potong perut. Tak semula jadi walaupun doktor kata okay. Anti pembedahan itu sahaja, tapi tak anti orang yang dah buat. Itu pilihan masing-masing. Risiko masing-masing. Kita manusia ni memang dah terbiasa nak apa-apa nak cepat. Walaupun kita tahu kelebihan bersabar dan usaha.

"Shortcut tak bawa apa-apa kebaikan, malah merosakkan," kata penyanyi Nourul Depp yang mengakui dirinya tidak berkenan untuk melakukan sebarang bentuk prosedur rawatan perubatan bagi mendapatkan bentuk badan kurus dengan cara mudah.

Menurut Nourul, dia lebih selesa untuk memilih menggunakan pendekatan secara semula jadi dengan menjalani rutin gaya hidup sihat. Ujar Nourul lagi, sekalipun ingin melakukan sebarang rawatan bagi membantu menguruskan badan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan memilih gaya hidup aktif.

"Boleh nak kurus nak pergi liposuction (sedut lemak), nak pi tummy tuck (buang lebihan otot perut kendur) semua tu. Tapi kena bersenam dulu sampai turun berat. Lepas tu nak pergi sedut ke apa, pergilah. Tapi tak mahu yang potong-potong perut tu, organ dalaman tak mahu kacau. Buat yang semula jadi, jaga makan, kekal aktif, pergi bersenam," katanya.

Klik untuk gambar besar


Jelasnya lagi, bagi mereka yang ingin kurus sememangnya tiada jalan singkat untuk mendapatkan bentuk badan ideal: "Badan tu dah lama dok bagi makan macam-macam. Badan kita tak ada magik nak ubah waktu tu juga.

"Nak gemuk ambil masa, nak kurus pun ambil masa. Dia tak datang bergolek atau dengan sekelip mata saja. Semua perlukan masa. Tak ada yang ajaib," nasihatnya menerusi satu entri di Instagram.

Nourul merupakan antara artis yang terkenal dengan amalan gaya hidup sihat. Bahkan, pelantun lagu 'Kerana Terluka' itu juga sering berkongsi teknik senaman dan pemakanan sihat secara live di Instagram miliknya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Depp

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: