25 August 2020

ROY AZMAN KECEWA IG DIGODAM: "ITULAH TEMPAT SAYA CARI MAKAN, MACAM MANA NAK BERNIAGA..."



"Dukacita dimaklumkan akaun Instagram saya @royazman30 kena godam. Sejujurnya saya kecewa sangat dengan apa yang berlaku sebab itulah tempat saya cari makan. Sudah ada 261,000 pengikut, bukan senang nak bangunkan.

"Tahu-tahu orang dah cilok (curi)," demikian kata pelakon Roy Azman menerusi satu posting video di akaun Instagram baharu miliknya @royazmanofficial, yang memberitahu bahawa akaun Instagram miliknya, @royazman30 yang mempunyai lebih 261,000 pengikut itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Begitupun, katanya, dia masih lagi cuba mendapatkan semula akaun lamanya: "Macam mana nak berniaga kalau akaun ni baru ada 200 pengikut. Tak apalah, nak buat macam mana.

Klik untuk gambar besar


"Kita kena terima dengan reda, saya masih lagi berushaa untuk mendapatkan balik akaun lama, ada juga sesetengah kawan dapat balik, harap sangat saya dapat balik," luahnya yang kecewa dengan apa yang berlaku.

Pada masa sama, Roy turut meminta jasa baik mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk membantunya mendapatkan akaun tersebut untuk menghubunginya di Instagram. Sejak dibuka semalam, akaun Instagram baharunya kini baru mencecah kira-kira 3,000 pengikut.

Bahkan, beberapa rakan artis juga dilihat cuba membantunya untuk memaklumkan kepada pengikut masing-masing mengenai akaun baharu miliknya itu. Sebelum ini, beberapa artis juga berdepan situasi sama apabila gagal mengakses akaun Instagram selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Roy Azman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: