Menerusi laman Instagram, pelakon Hafidz Roshdi telah berkongsi fotonya ketika melakukan aktiviti bersenam. Namun foto tersebut telah mencuri perhatian netizen apabila Hafidz menutup bahagian pusat.
Hafidz, 25, yang kini aktif dengan latihan seni mempertahankan diri Muay Thai berkongsi foto berkenaan di Instagram pada Selasa: "Bersedia atau tak, saya datang," tulis Hafidz ringkas.
Rata-rata netizen memberi komen positif dan memuji pelakon drama 'Tundukkan Playboy Itu' yang menjaga aurat seorang lelaki dengan memakai seluar sehingga ke paras pusat.
Klik untuk gambar besar
"Baguslah abang Hafidz ni tutup juga aurat... semoga berjaya dunia akhirat. - "Jangan tanya kenapa seluar dia tinggi. Dia tutup pusat... aurat tu. Posing patuh syariah," komen beberapa netizen.
Perkongsian itu mendapat 7,583 tanda suka (likes) dan lebih 50 komen. Dalam pada itu, Hafidz memberitahu latihan Muay Thai tersebut sudah mencecah hari yang ke-105.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Hafidz Roshdi
________________________

No comments:
Post a Comment