25 August 2020

"TAK TAHU LAGI SAKIT APA DALAM PERUT DIA" - ALMY NADIA MASUK HOSPITAL



Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz, 41, iaitu pelakon Datin Almy Nadia, 34, baru-baru ini telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Fizz. Ketika dihubungi, Fizz berkata jenis penyakit yang dialami Almy masih belum diketahui.

"Almy telah dimasukkan ke hospital semalam. Hari ini baru buat pemeriksaan. Buat masa sekarang tak tahu lagi Almy sakit apa dalam perut dia. Harini baru nak buat endoskopi," jawabnya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Sebelum ini, pelakon drama Kamar Kamariah ini berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya. Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Fairuz Zainal Abidin turut mendoakan agar urusan Almy dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar

"Semoga dipermudahkan. Segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita. Insya-Allah doa dari semua akan menyembuhkan isteri saya. Amin. Jaga diri, awak kuat @almynadiaofficial," tulisnya.

Untuk makluman, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: