25 August 2020

LEPAS ISU 'PENGSAN' 2 MARKAH, AJAI DIDAKWA 'BERHUTANG RM6,000'



Belum reda isu memberi 2 markah dan mengatakan 'pengsan' lagi bagus dalam rancangan Big Stage, terkini komposer Mohd Faizal Maas atau Ajai, terpalit pula dengan kontroversi hutang sejumlah RM6,000.

Untuk info, 'hutang RM6,000' yang didakwa pemenang tempat kedua program Keynote, Raja Nazrin Shah Raja Azaham, telah dijawab oleh pengurus yang juga isterinya, Liza Ilias menegaskan bahawa tanggungjawab Ajai dalam program yang disiarkan pada 2010 itu adalah sebagai dekan atau ketua tenaga pengajar sahaja.

Program Keynote itu turut menobatkan Mohd Farhan Izharruddin sebagai juara manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairul Nizam Nazri.

"Dia memang ada keluarkan idea itu, tapi ia dijual kepada produksi yang menerbitkan program berkenaan. Jadi, tugasnya dalam program Keynote itu tak lebih daripada tenaga pengajar.

"Jadi, isu mengenai hadiah atau bayaran wang kemenangan, bukan menjadi tanggungjawabnya. Syarikat produksi itu pun dah tak wujud dan penerbitnya pun dah meninggal dunia," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Liza juga tidak menolak, pihaknya ada menghubungi Nazrin untuk memintanya menurunkan perkongsian di Facebook kerana itu membabitkan nama baik Ajai dan Exist.

Klik untuk gambar besar

"Pihak kami ada menghubunginya pada 9 Mac tahun lalu kerana perkongsiannya bukan sahaja mencalarkan nama Ajai, tetapi juga membabitkan nama Exist yang nak mengadakan konsert pada ketika itu.

"Apa yang saya lihat, individu ini seperti ingin menangguk di air yang keruh. Saya dah jelaskan situasi dan posisi Ajai dan dia kena faham mengenainya," tambahnya.

"Kalau boleh, kami tak mahu sampai ke tahap perlu mengambil tindakan undang-undang. Dia adalah orang yang berpelajaran dan sepatutnya faham apa yang berlaku.

 

"Sepatutnya, dia mainkan peranan positif di dalam industri dan gunakan cara yang betul untuk menaikkan namanya serta kumpulan yang dianggotai.

"Ajai sentiasa menyokong bakat-bakat muda ini, tapi ada dalam kalangan mereka yang suka bercakap tanpa berfikir panjang," jelasnya pada Harian Metro.

Sementara itu, dalam isu Big Stage, Ajai menulis: "Biarlah Dicaci.. Dihina.. Dimaki.. ‘Saya Redha’. Dan Maafkan Saya.. Jika Kejujuran Saya Menyinggung Perasan Dan Disalah Ertikan ‘Bak Kata Peribahasa’, Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam.. Yang Paling Penting Bagi Saya.. Nak Melihat Prestasi Peserta ‘Bigstage2020’ Meningkat."

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: