"Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas. Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo," kata pelakon Keith Foo yang mendedahkan dirinya sah bercerai dengan model, Kim Raymond pada Disember tahun lalu.
Menurut Keith, 37, dia dan bekas isteri sudah tidak bersama semenjak dua tahun lalu. Meskipun rumah tangga hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat, Keith dan bekas isteri sepakat mengekalkan hubungan yang baik.
"Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri. Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Tambah Keith, situasi yang dihadapi oleh dia dan bekas isterinya kini lebih baik: "Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.
"Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik," tutur Keith yang mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro, Instagram Keith Foo & Kim Raymond
________________________

No comments:
Post a Comment