24 August 2020

TAYAR KERETA MELETUP - AARON AZIZ SYUKUR SELAMAT, KONGSI TIPS



Pelakon Datuk Aaron Aziz menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi kisah dimana tayar kereta yang dinaikinya meletup di tengah jalan. Dalam status yang sama, Aaron turut menyatakan rasa syukur tidak mengalami kecederaan dan berkata dia bernasin baik kerana kereta yang dinaikinya tidak berpusing atau hilang kawalan.

"Cerita semalam...Habis shooting @fairiekhalil tengah memandu tiba-tiba dengar bunyi meletup. Nasib Baik tak swerve dan terlanggar apa," tulis pelakon drama 'Jalan Sesat Ke Syurga' itu.

Di platform yang sama juga, Aaron memuat naik satu lagi video IG TV dan berkongsi tips cara mengendalikan kenderaan jika ada diantara pengikutnya mengalami situasi yang sama.

"Nasib baik run flat tires, walaupun dah pancit tayar dia masih keras. Semalam kita berada ditengah lebuh raya dah bunyi meletup. Tapi... Alhamdulillah kita hanya boleh drive 50 km sejam dan tidak boleh jauh daripada 80 km. 

Klik untuk gambar besar


"Kena bawa perlahan-lahan, lampu kecemasan kena buka. Kepada para wanita yang membawa kereta, kalau kereta korang jadi begini jangan risau cari kedai tayar paling dekat," jelasnya.

Menerusi perkongsian itu, Aaron juga memuat naik foto keadaan tayarnya selepas kejadian. Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana dia dan sekeluarga terselamat.

Untuk makluman, Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana pada 3 Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13 dan Dalia Arissa, 9.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aaron Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: