24 August 2020

"MACAM PENGANTIN BARU..." - USTAZ EBIT LEW SARUNGKAN CINCIN DI JARI ISTERI DEPAN PASARAYA



Siapa yang tidak mengenali pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang dikenali dengan sifat murninya yang membantu golongan susah tanpa mengira bangsa. Malah, kaum India dan Cina juga turut mengenali Ustaz Ebit.

Bukan sahaja dikenali sebagai individu yang murah hati membantu mereka yang memerlukan, malah Ustaz Ebit turut menjadi contoh suami yang sentiasa menghargai isterinya. Malah, Ustaz Ebit sering menitipkan ucapan terima kasih buat bidadarinya.

Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini, Ustaz Ebit berkongsi satu video memaparkan dirinya menyarungkan cincin di jari manis isterinya sempena pembukaan pasar raya miliknya di Gombak. Menerusi coretan itu, Ustaz Ebit merasakan seperti pengantin baru apabila menyarungkan cincin di jari isterinya.

Ustaz Ebit tidak lupa untuk menzahirkankan ucapan terima kasih kepada isterinya kerana sentiasa ada bersamanya ketika susah senang, mendoakan untuk kejayaannya serta menjaga anak-anak mereka. Difahamkan, Sabtu merupakan pembukaan cawangan baru Elewsmart di Sri Gombak berlangsung dan pada hari Ahad pula pembukaan KL Trades Square, Jalan Gombak.

Klik untuk gambar besar


"Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan @elewsmart sri gombak semalam. Terus hilang semua penat letih. Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini.

"Bidadari di dunia bidadari di syurga InsyaAllah. Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita.

Terima kasih prima sri gombak. Penuh semalam sampai dah nak tutup 10malam masih ramai orang. Doakan hari ini opening di kl traders square jalan gombak. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew," tulisnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: