24 August 2020

AJAI MINTA MAAF: "6 HARI SAYA TAK BUKA INSTAGRAM... PENGSAN HANYA GURAUAN"



"Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan. Saya begitu peka dengan nyanyian dan teliti setiap not tetapi bukan semestinya awak tidak bagus.

"Jadi di sini saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa sebelum ini. Biarlah saya dicaci, dihina dan dihentam. Tapi sebagai mana saya cakap, jauhari mengenal manikamnya dan saya kekal dengan prinsip saya.

Tetapi apa yang saya mahu, selepas para peserta ini keluar, mereka tahu bagaimana cara menyanyi dengan betul dan anggap saya sebagai juri dan 'bro' (abang)," demikian kata penyanyi dan komposer Ajain yang tampil membuat kejutan dengan memohon maaf kepada peserta program realiti Big Stage, Dr Hafiz Zainal pada permulaan konsert minggu kedua secara langsung sebelum semua peserta membuat persembahan.

Mengakui komennya itu kedengaran kasar, Ajai berkata niatnya hanyalah untuk mendidik peserta supaya menjadi penyanyi 'evergreen' yang akan diingati sepanjang zaman: "Sejujurnya, enam hari saya tak buka Instagram... pada saya industri ini kecil sahaja, industri (muzik) macam fesyen jadi saya kena akur!

Klik untuk gambar besar

"Saya ikhlas... mungkin penyampaian saya agak kasar tapi saya dah dilatih oleh nama besar industri, yang mana lebih teruk saya kena, cuma pada saya ini tidak seteruk itu.

"Baik buat pengsan itu hanya gurauan... apabila suasana dan tegang, mungkin saya bukan pelawak jadi tak nampak macam joke! Saya nak sejukkan hati dia (Hafiz)... logiknya tak mungkin nak suruh dia buat pengsan!," ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di laman Instagram Ajai berkata niatnya ingin mendidik serta mencurahkan ilmu supaya selepas Big Stage mereka tahu cara menyanyi dengan betul.

"Biarlah Dicaci.. Dihina.. Dimaki..😊 'Saya Redha🤲' Dan Maafkan Saya.. Jika Kejujuran Saya Menyinggung Perasan Dan Disalah Ertikan 'Bak Kata Peribahasa' Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam.. Yang Paling Penting Bagi Saya.. Nak Melihat Prestasi Peserta 'Bigstage2020' Meningkat.👆🏻#insyaallah #samasamabelajar," tulisnya.

Minggu lalu hangat diperkatakan tindakan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas memberikan markah terendah dalam sejarah sebanyak 2/100 kepada Dr Hafiz Zainal ketika konsert pertama Big Stage 2020.

Lebih menimbulkan kontroversi, komen yang diberikan oleh Ajai disifatkan sangat melampau apabila Ajai turut mendakwa lebih baik Hafiz pengsan daripada meneruskan nyanyiannya. Dek kerana itu, Ajai menerima kecaman dan kritikan hebat penonton di laman sosial.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, mStar & Instagram Ajai

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: