30 August 2020

ASYRAF KHALID & TYA ARIFIN DITUDUH RIYAK, BAGI STAF KERETA MEWAH



Baru-baru ini, isteri kepada Asyraf Khalid iaitu pelakon Tya Arifin telah menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Volkswagen kepada dua orang pekerja Mutyara. Hadiah tersebut adalah sebagai penghargaan kepada Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, di atas kerja keras dan usaha mereka.

Suami Tya, yang juga ahli perniagaan terkenal Asyraf Khalid, berkata, beliau bersyukur kerana selepas lebih dua tahun mengukuhkan jenama Mutyara yang diusahakan bersama isteri, segala-galanya bagai tersusun cantik.

"Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini.

"Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu. Kejayaan diraih saya dan isteri bukan kemenangan individu sebaliknya usaha bersama staf dan mereka yang terus mempercayai jenama kami," katanya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, timbul tuduhan Tya Arifin dan Asyraf Khalid riyak dan sengaja menunjuk-nunjuk akan kemewahan mereka: "Kejayaan itu harus dikongsi dan ia adalah pembakar semangat untuk staf Mutyara yang lain bahawa tidak ada yang mustahil jika komited bekerja.

"Mulut netizen biasalah... Kami tak ambil hati. Kenapa Amir Rizwa dapat reward? Kerana dia antara yang komited. Sebagai Pengarah Kreatif Mutyara, dia antara staf yang ringan tulang. Dialah yang akan jadi antara staf terawal datang ke pejabat dan paling lewat pulang ke rumah. Semoga dedikasinya terus menyuntik semangat staf lain.

"Saya dan isteri sendiri juga selalu membiasakan budaya semua tak kira staf sekalipun seperti memiliki perniagaan kami bersama sama. Jadi kami tak rasa bekerja hanya semata mata untuk mendapat gaji setiap bulan," ujarnya.

Dalam pada itu Asyraf turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama ibu Amir, Asmah Mohd Hassan di Instagram yang menyentuh hati: "Benar redha Allah itu datang dari ibu bapa. Saya beruntung dikurniakan staf seperti Amir. Tahniah juga kepada ibu bapanya yang membesarkan seorang anak yang cukup budiman dan menjadi contoh.


"Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk mencapai impian masing-masing.

"Dulu Amir mula bekerja dengan saya di sebuah rumah di Cyberjaya. Ketika itu hanya ada satu meja besar untuk kami semua berkongsi. Kemudian berpindah ke lot pejabat di kawasan sama. Hinggalah hujung Julai lalu Mutyara memiliki wisma sendiri di Puchong," tuturnya.

Tambah Asyraf lagi, dia juga pernah kecundang beberapa kali dalam bidang perniagaan dan itu tidak mematahkan semangatnya: "Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ini. Ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.

"Tiada jaminan dalam hidup ini. Ada ketikanya kita boleh berada di atas. Dan mungkin esok lusa, kita jatuh terduduk di bawah. Itulah putaran kehidupan Namun untuk saya memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan," katanya.



 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tya Arifin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: