30 August 2020

RUHAINIES POTONG KEK BIRTHDAY KE-15 - NETIZEN PERSOAL BERAPA KALI SAMBUT DALAM SETAHUN



"My last birthday celebration last night. Cukup genap sebulan. HAHAHA. no more after this okay. jangan bazir duit 😝 @elffjohan @fyzalbabjan_ @zaharzbubu @ashazainul

"My birthday cake yang ke-15 for this year 😍😝 Thank you Allah for sending all the good people in my life, for all the rezeki, blessing and love. Im truly grateful. Alhamdulillah. #lastbirthdaycelebration 😝💕," demikianlah tulis pelakon Ruhainies menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam muat naik tersebut, Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah mengucapkan terima kasih kepada orang sekelilingnya yang mengingati hari istimewa itu. Namun begitu, Ruhainies telah menerima pelbagai komen lucu daripada netizen gara-gara menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 sebanyak 15 kali.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama 'Hello, Mr Perfect!' ini berkongsi foto serta video majlis sambutan ulang tahun yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menerusi perkongsian tersebut, segelintir netizen mempersoalkan tindakan Ruhainies yang menyambut ulang tahunnya sebanyak 15 kali dalam masa sebulan.

Malah, ada yang membandingkan sambutan ini dengan orang yang tidak berkemampuan untuk menyambut ulang tahun mereka walaupun sekali: "Berapa kali birthday dia setahun?


"Orang sambut birthday sehari saja... itupun yang sambut la. Ada ramai yang tak sambut langsung pun. Ini sebulan sambut birthday dah macam puasa. - "Tak habis lagi ke birthday... aku rasa dah sebulan lebih," komen beberapa netizen.

Sebelum ini, ulang tahun aktres itu yang sepatutnya pada 27 Julai disambut awal beberapa hari dalam sebuah majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang yang diadakan oleh ahli keluarga dan teman rapatnya.

Kejutan ulang tahun tersebut turut mendapat perhatian ramai apabila foto dan video kek hari jadi yang dikongsikan Ruhainies di Instagram dengan rekaan wajah yang kelihatan pelik. Kek tersebut disifatkan netizen sebagai menyeramkan dan tak kurang juga menganggap ia sebagai lucu.











www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Sarah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: