05 August 2020

BAPA SAUDARA KEKASIH SAJAT ANTARA TERKORBAN DALAM LETUPAN DI BEIRUT



Menerusi satu entri di laman Instagram, usahawan kosmetik Nur Sajat memberitahu kejadian letupan dasyat di sekitar ibu kota Beirut, Lubnan itu turut meragut nyawa bapa saudara teman lelakinya dikenali sebagai Jadoos. Sajat berkata teman lelakinya yang berasal dari Beirut itu dalam keadaan baik sahaja: "Jadoos Alhamdulilah, cuma pak cik dia ada yang meninggal di tempat kejadian," tulisnya.



Sajat memaklumkan perkara tersebut selepas ada netizen bertanyakan mengenai keadaan teman lelaki usahawan yang berada di negara itu. Sejak lewat petang semalam, tular rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.

Sejak lewat petang semalam, tular rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota Beirut, Lubnan. Letupan tersebut mengorbankan ramai penduduk di sana dan lebih beribu orang awam cedera.

Klik untuk gambar besar

Pada masa sama, kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing. Kebanyakan daripada mereka menyangkakan kejadian berpunca daripada gegaran kuat gempa bumi.

Letupan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan berkenaan, malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit. Difahamkan, letupan berkenaan didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat (NH4NO3) disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Nur Sajat & Jadoos


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: